Friday, December 18, 2009

♥ Pja, Belikan Saya Souvenir Turki!

Ni die entry penyertaan contest Pja!
Boleh pulak sengal lupe buat entry.
Bukan saje terlupe buat entry, boleh pule salah upload kat blog Pja menggunakan format gambar yang tak sesuai, sehingga gambar menjadi error dan menyemakkan pemandangan kat photoslide tu.
Haha.
Nasib baik penyertaan tidak direject.
Hee *senyum kambin*.


Tadaaa!

Ramai orang kata muke aku adelah hasil photocopy muke mak yang sangat gojes. Auww!

Terima kasih emak, keranamu aku di sini!

Monday, December 14, 2009

♥ Hidup Ni Bukan Fairytale

Menurut cerite Mak aku, waktu aku dengan kakak2 aku kecik cenonet dan belum faham ape2 tentang hal duniawi, mak dengan ayah bawak kitorang pergi jalan2 kat Cameron Highland. Kalau rase nak berjimat cermat, ikutlah perangai mak ayah aku ni. Dah tahu kitorang belum reti nak mintak ape2 lagi, time tu la die nak bawak kitorang jalan sana sini. Bile kitorang dah besar dan pandai memintak itu ini, tak nak pulak die bawak jalan2. Mak punye alasan, " Dulu mase kecik kan kite dah pegi? ". Memang bijak bestari. Boleh la aku buat kat anak2 aku pulak nanti. Huhu. Kembali ke kisah Cameron Highland kite tadi. Mase dah nak sampai dekat atas, mule lah pemandangan jadi kelam tak berape nak kelam akibat kehadiran kabus2 putih. Tiba2 je, Kakngah aku menangis2 mintak ayah jangan teruskan perjalanan makan angin sambil berjimat cermat tu. Bila tanya kenapa, Kakngah aku jawab, " Takuuut. Macam dalam cerita Jack Dengan Pokok Kacang Ajaib ". Kakngah aku memang hebat.


Yang ni menurut aku pulak, sebab aku ingat sebijik2 ape yang jadi. Mase tu aku main2 dengan sepupu sepapat aku kat tepi parit kat kampung. Entah apsal la kan ade sepupu aku sorang ni rajin betul nak ambik wudhu kat parit mase tu. Alim tak kire tempat dah ko nih. Padehal dalam rumah pun ade kepala paip kot. Waktu die tengah khusyuk ambik wudhu, aku nampak daun pokok bunga Teratai kat dalam parit tu. Terus aku teringat cerite Thumbelina. Ko tahu cerite Thumbelina tak? Ala, gadis ibu jari yang sesat pastu kene kahwin paksa dengan katak tu la. Aku pun tak berape ingat sangat. Yang aku ingat, tibe2 je aku pegi lompat dengan rasa penuh percaya diri atas daun bunga Teratai tu. Konon2nye nak seberang parit tu macam Thumbelina la. Baru daun first, aku dah tak timbul2. Nasib baik la sempat selamat jugak. Kalau tak, memang dah innalillah. Aku pun tak kalah hebat macam Kakngah aku jugak. It's in the gene.

Aku pernah ikut mak aku pegi rumah kawan die nak ambik kuih raya. Kawan die ade anak. Kecik sikit la daripade aku. Die ajak aku main tapi tak tahu nak main ape. Kitorang duduk termenung kat atas tangga rumah die. Tetibe je budak tu dapat idea nak challenge aku main something. Die naik atas tangga rumah die and lompat kebawah. Pastu die challenge aku kalau aku boleh lompat from anak tangga yang lagi tinggi. Aku naik 1 anak tangga atas die pastu aku lompat ke bawah. Die pun naik lagi 1 anak tangga and lompat ke bawah. Aku mestilah tak nak kalah. Aku naik dekat anak tangga paling tinggi and terjun ke bawah. Perasaan aku macam tengah terbang melayang2 macam Wendy dalam cerite Peter Pan. Tapi sekejap je. Pastu kene back to reality sebab kaki aku sakit gile. Ko dah gile ke pegi lompat dari tempat tinggi macam tu. Nasib baik tak mati. Mak aku dengan kawan die siap terkejut veruk dengar bunyi aku jatuh cium lantai kuat sangat. Hebatnye aku sebab berjaye hidup sampai hari ni. Kalau tak mesti hari raya tu orang datang rumah aku sebab nak ziarah jenazah.

Picture source

Kepada parents dan bakal parents di luar sana, pikirlah 9-10 kali sebelum beli video and buku2 fairytale untuk anak2 korang. Kang anak korang jadi macam aku, korang jugak susah. Baik belikan buku hikayat Hang tuah ke, Mat jenin ke. Baru la anak2 korang berpijak di bumi yang nyata.

Tapi ape2 pun, memang seronok mase kecik2 dulu. Ko nak berangan jadi princess ke sape ke, takde sape pun nak halang. Korang nak hidup dalam cerite fairytale yang korang cipta sendiri pun takde sape nak marah. But, as time goes by, korang akan sedar yang hidup ni bukan fairytale yang ending musti nak happily ever after. Cube la ko buat perangai pegi dress up macam princess sekarang ni, kejap lagi mesti ade ambulans datang jemput ko bawak pegi istana khayalan jumpa dengan prince charming ko tu.

Walaupun hidup ni bukannya fairytale, tak mustahil kite boleh dapatkan sebuah ending yang 'happily ever after', as long as we believe. Huhu. Ko pegi tengok cerite Enchanted sekarang. Aku suke gile kot!

post signature

Sunday, December 13, 2009

♥ Black & White Photo Contest

Dah lama kot aku tak update. Busy sangat sekarang ni. Seriously, sangat sangat busy. Ini pun aku update secara super duper express kalah bas ekspres *wahaha, lawaknye Amar buat lawak, WAHAHA. Ok, takyah gelak*. Korang tunggula aku cuti bulan 1 nanti, satu hari seploh entry aku buat kasi korang tensyen bace blog cap ayam kentaki aku ni! Anyway, tujuan update macam bas ekspres ni adelah untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Ezzan Yusop. Tengok tajuk entry aku ni pun korang dah boleh agak dah contest ni pasal ape bukan? So ape ko tunggu lagi, kalau nak join sile click banner kat bawah ni. Same2 kite buat cik Ezzan kite pening nak pilih sape pemenang. Pening, jangan tak pening.

Click banner kalau berminat.

Tak payah membebel panjang lagi dah, kang orang ingat ni pertandingan bagi khutbah Jumaat terpanjang pulak. So, inilah gambarnye:

Caption: Stand By Me

Sila vote saye. Ok, dah jangan ngade2. Contest ni tak pakai vote2. Tapi kalau ade jugak orang nak vote aku, pasti lah kembang kempis hidung mak ni nyaaah~ Hehek. Yang kat belakang tu, berbaju putih berseluar yankee (tipu), tak lain tak bukan adelah incik Abdullah. Sekian, terime kaseh.

post signature

Friday, December 4, 2009

♥ Lemon Untuk Kecantikan & Kesihatan

1. Ambil sebijik lemon dan potongkan menjadi 2 bahagian.

2. Perahkan lemon tu dan tambahkan air suam.

THE FACTS:

♥ Air lemon suam dapat mempercepatkan proses pembuangan bahan2 yang tidak diperlukan dari badan.

♥ Air lemon dapat membantu proses rejuvenisasi kulit dari dalam dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat

♥ Lemon mempunyai kandungan asid sitrik yang tinggi- dapat membantu melawan demam

♥ Amalan minum air lemon dapat mencegah konstipasi dan cirit-birit

p/s: Untuk menurunkan berat badan, korang kene minum banyak air. Kalau boring minum air kosong, kenapa tak cuba lemon water instead, kan?

3. Gunakan sisa perahan lemon tadi untuk discrub di daerah siku and lutut.

THE FACT:

♥ Lemon dapat membantu memutihkan kulit.

p/s: Sapukan minyak kelapa pada kawasan yang discrub dan biarkan kira2 sejam sebelum mandi.

*****

Entry dicilok dan dicedok dari blog lama aku. Daripada terperap kat dalam blog private aku tu, baik aku sumbat kat blog ni. Ilmu tak elok simpan sorang2 bukan? Aku pernah cuba petua ni. Memang urusan membuang menjadi lancar. Tapi sebab busy dan takde mase nak perah lemon (akibat kemalasan), aku dah lama tak buat. Lepas ni haruslah start buat balik kerane perut semakin bulat. Aku tahu korang tabah, jadi sile lah cube. Jangan berhenti selagi tak dapat hasil yang memuaskan, ok?

post signature

Tuesday, December 1, 2009

♥ Bentuk Pahala?

Ini macam skrip wajib-dengar yang semua orang memang wajib pernah dengar semasa proses membesar bukan? Mungkin korang pernah dengar dari mak, ayah, ustad, ustazah, jiran sebelah rumah or paling cikai pun ko pernah dengar dari adik ko yang tengah tadika. Paling tak boleh terima kalau ko penah dengar dari kawan ko, hanya sebab dia nak pinjam pensel ko. Padahal dah nak dekat 18 batang pensel ko kasi pinjam kat die dan semuenye hilang macam tu je.

Tak kire lah korang pernah dengar skrip wajib-dengar tu dari siape pun. Tapi pernah tak korang tertanye2:
" Ape lah mende alah pahala ni sebenarnye? "
" Cemane rupe die? "
" Apsal kite kene dapat banyak pahala? Best sangat ke pahala nih?"

Kalau korang nak tahu, mase kecik2 dulu aku pernah bayangkan rupa pahala tu sebijik macam gambar kat bawah ni:

Tiga segi. Kuning. Macam sedap dimakan.

Everytime korang buat baik, Allah akan masukkan benda kuning ni dalam badan ko. So, bila ko buat baik banyak2, lama2 benda kuning ni penuh la dalam badan ko. Ha, ko janganlah tanye mane aku dapat idea terlebih bernas ni. I just did, beb. Ceh, poyo.

Pernah sekali mase aku masih berstatus 'anak-bongsu-terpaling-comel-dalam-family' (over gile kot status kau ni Amar), kakak aku mintak tolong ambikkan remote control TV. Die kata kalau aku tolong, nanti aku dapat pahala. Aku sebagai 'anak-bongsu-terpaling-comel-dalam-family' yang dah tak tahan kene buli ni pon jawab dengan muke confident habis,

" Tak nak! Pahala Mira dah sampai sini tau! "
* Sambil tangan tengah tunjuk paras pahala aku yang dah betul2 sampai bawah hidung *

Habis aku kene bahan hari tu. Kadang2, aku rase mak aku tersalah beli susu mase aku kecik dulu. Sebab tu aku jadi pandai sangat bab berangan ngan mengarut ni. Haihhh. Tapi, nasib baik la mase aku kecik dulu kepale otak aku ni putih bersih. Cube kalau otak aku kuning, mesti aku dah bayangkan pahala tu bentuk die cenggini:


image source

Opsss.

Huahaha.

Suke ko ye.

post signature

Monday, November 30, 2009

♥ Makhluk Termanis

Untuk U yang termanis di hati I.

U! yes, U!

Kenape U manis sangat?

I tahu I selalu sangat buat U marah kat I.

Tapi sebab U manis, U sabar je dengan perangai I.

I tahu I dah buat U bengang gile hari ni.

Tapi sebab U manis, U tak kisah dan masih sayang kat I sangat2.

I tahu U tengah ade financial prob time hujung2 bulan macam ni.

Tapi sebab U manis, U tetap insist nak bayar everytime kite pegi makan.

I tahu U sakit kepala malam semalam.

Tapi sebab U manis, U sanggup datang hantar makanan kat I tengah2 malam sebab takut I lapar.

I tahu I nyanyi tak pernah sedap.

Tapi sebab U manis, U nak dengar jugak I nyanyi banyak2 untuk buat U senyum.

I tahu U deserve someone much better dari I.

Tapi sebab U manis, U sanggup terima ape saje kekurangan I.

Kenapa? Kenapa U manis sangat?

U tak tahu ke manis tu tak baik untuk kesihatan?

And now I rase I boleh terkene kencing manis sebab ade orang semanis U nak teman hidup I sampai bila2.

I nak kasitahu U incik Abdullah, U lah makhluk termanis I pernah jumpe. Dan U lah anugerah termanis yang pernah I miliki. I curi lagu Sheila On 7. Kalau U tak tahu, takpe. Esok I nyanyi sampai U sakit telinge. Takpun, I nyanyi lagu raye siap dengan gaya2, macam yang U suke tu ok. 143.

post signature

Friday, November 27, 2009

♥ Blog Korang Versi Phua Chu Kang!

Adekah korang merasa bosan tahap gaban kerane takde pape nak buat pade hari nie? Kalau macam tu, korang telah datang ke blog yang betol! Tepok tangan! Pap Pap Pap!

Hari ni aku nak ajar korang satu cara menghilangkan rase boring tu. Cara ni hanye berkesan kalau tahap boring korang dah melepasi level maksimum boring yang dapat dirasakan oleh manusia normal. Amende tah eh aku ngarut. Tapi takpe. Baik ngarut dari tak buat pape kannn.

Ok, aku tak tahu la korang dah penah cuba or memang dah selalu sangat buat keje nih. Tapi aku nak ajar jugak sebab aku kesian tengok korang boring. Musti ade yang kejenye membute je hari Sabtu cemni. Or ade yang dah duduk terbalik kat kerusi sebab stress tak tahu nak buat ape sangat dah. So, marilah kite buat keje yang tak berape nak berfaedah ni.

Memule korang pegi kat Google.com. Pastu dekat search box tu, masukkan lah alamat blog korang. Tekan search. Dekat result yang keluar, tekan "Translate this page" macam dalam gambar kat bawah nih:


Tadaaa! Blog korang akan transform jadi blog versi Phua Chu Kang dengan serta merta! Boleh la ko layan blog ko tu sambil gelak2 sampai pening. Kalau terase ko nak stalking blog sesape, search jela address blog orang tu. Pasti ko takkan kecewa. Jangan jadi weng sebab banyak sangat stalking blog orang sudahlah.

Image source

Haha. Sekarang ko dah ade aktiviti. Tak payah ko nak boring2 lagi. Selamat mencuba!

*****
Phua Chu Kang ni aku tengok lame2, macam rupe Edward Cullen pun ade.
Okla, aku tengah frust sebenarnye sebab belum dapat tengok New Moon lagi sampai hari ni.
post signature